SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS SOSIAL

Aktiviti dan protokol bagi penganjur majlis.

Proses Menyambut Tetamu

01

Menetapkan dan menandakan secara jelas laluan keluar dan masuk tetamu terutamanya bagi penganjuran majlis di tempat terbuka seperti dalam suasana kampung atau rumah persendirian.

02

Kaunter saringan kesihatan hendaklah diwujudkan di pintu masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.

03

Penganjur/petugas/pramusaji (waiter), jurufoto juga perlu menjalani saringan kesihatan dan tidak bergejala.

04

Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer) dan merekod kehadiran tetamu.

05

Semasa para tetamu menunggu giliran di kaunter saringan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti dipatuhi.

06

Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka (face mask).

07

Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta yang masuk ke dalam ruang majlis.

08

Kehadiran tetamu hendaklah tidak melebihi 250 orang atau kurang, tertakluk kepada saiz keluasan ruang dan penjarakan sosial.

Pendaftaran Tetamu

01

Semua penganjur majlis mesti mendaftarkan tetamu untuk simpanan dan rekod sekiranya berlaku kes jangkitan. Digalakkan menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau aplikasi lain yang bersesuaian.

02

Kehadiran tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.

03

Kad Kahwin Digital Percuma dilengkapi kemudahan aplikasi Step In dimana rekod kehadiran tetamu akan disimpan dan data boleh diperolehi dengan menghubungi pihak kami jika diperlukan.

Ruang Majlis

01

Melakukan pembersihan dan disinfeksi mengikut garis panduan KKM sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan, kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatan catering, pelamin pengantin, tandas dan mana-mana kawasan, permukaan atau alatan/barangan yang kerap disentuh.

02

Memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai pengudaraan yang baik.

03

Susunan antara meja makan dengan jarak 2 meter. Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi di meja.

04

Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada secara hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji yang ditetapkan oleh penganjur untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu atau secara pack-food.

05

Pramusaji/petugas mesti memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan.

Sesi Fotografi

01

Sesi fotografi dengan penjarakan sosial pada satu-satu masa dan dikendalikan oleh individu yang ditetapkan oleh penganjur/pengantin/pengurusan dewan.

02

Penyediaan seorang petugas bagi mengawal aliran tetamu semasa sesi fotografi.

WAKTU BEROPERASI

Tempoh 3-5 jam

KEHADIRAN TETAMU

Tertakluk kepada penganjuran

KAPASITI TETAMU

Maksimum 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang dan penjarakan sosial