SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS SOSIAL

Aktiviti dan protokol bagi tetamu majlis.

Proses Ketibaan Tetamu

01

Mengikut arahan penganjur di kaunter saringan kesihatan di pintu masuk bagi membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.

02

Para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer).

03

Semasa menunggu giliran di kaunter saringan, para tetamu mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya

1 meter dengan mengikut penandaan yang telah ditetapkan oleh penganjur.

04

Tetamu digalakkan memakai pelitup muka (face mask).

05

Individu yang mempunyai penyakit kronik dinasihatkan untuk tidak menyertai atau hadir ke majlis.

Pendaftaran Tetamu

01

Semua tetamu mesti mendaftarkan nama, nombor telefon dan masa kehadiran seperti yang ditetapkan oleh penganjur majlis. Digalakkan menggunakan Aplikasi MySejahtera.

02

Kad Kahwin Digital Percuma dilengkapi kemudahan aplikasi Step In dimana rekod kehadiran tetamu akan disimpan dan data boleh diperolehi dengan menghubungi pihak kami jika diperlukan.

Semasa Majlis

01

Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.

02

Mengelakkan sembang dekat (close conversation).

03

Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan 1 meter dan mengurangkan komunikasi semasa mengambil makanan yang disediakan.

04

Makan dalam kedudukan penjarakan dan tidak berkumpul semasa makan.

05

Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis dianjurkan.

06

Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.

07

Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.